anda hebat!!

Wednesday, 24 August 2011

diam lebih baik?

Assalamualaikum..owh hye.!

ramai orang bila bergaduh, mesti akan cakap "diam lebih baik". betul.? kalau yang couple plak, yang "diam" tu selalunya lelaki. yang perempuan.? renung-renungkan. *eheh

back to topic! banyak kelebihannya bila berdiam diri. Orang yang pendiam tu lebih baik daripada orang yang mulut murai. sebab, kalau banyak cakap, takut banyak hati plak yang touching. sapa plak la nak pujuk nanti? *aishk tak mau lah!

Nabi SAW bersabda : “Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai.”
(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim).

ada hikmah disebalik diam kita tu. ok, jangan risau kalau kena label budak pendiam / nerd /etc~ pedulikan!
Banyak diam tak semestinya bodoh, banyak bicara tiak semestinya cerdik,
sebab kecerdikan tu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

HIKMAH DIAM
1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2. Perhiasan tanpa berhias.
3. Kehebatan tanpa kerajaan.
4. Benteng tanpa pagar.
5. Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6. Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7. Menutupi segala aib.

aha, tetiba teringat lagu si lufya tu. yang muka ala-ala arab tu. dia kan ada single terbaru yang tajuknya DIAM. ini ha video klip lagu dia tu. video dia not bad la. ala-ala korea kot. lagu DIAM ni rancak, first time dengar pun rasa syok habissssssssss~ *ok dengar sndiri.over plak =="


best tak.? nak download tak.? tak payah la susah-susah nak cari. download kat SINI. ok? :)





Menasihati orang yang bersalah , tidak salah. 
Yang salahnya bila memikirkan kesalahan orang.

peace yaw~!

10 comments:

Aien Najib said...

heart entry nih ketat-2 :)

SimplySeoul said...

ya betul, berdiam diri tu jalan terbaik.

MzOneD said...

aien ~> thanx! :D
ss ~> betul3..drapada nak gadoh2..bek diam jerk kn....

keroro gouro said...

haha tp kalau pendiam sgt xceria la hidup...
mesti sunyi kan kalau asyik diam ja...

MzOneD said...

boleh la nk bckap 2..tp jgnla ckp bnda yg myakitkaN..2la mksudnya..haha

exodia said...

ada boleh ke nk control becakap yg xmenyakitkan , hati org , lain2 smua ,

MzOneD said...

guna kewarasan akal :D

exodia said...

bila guna kewarasan akal tu yg dok jd org pmpuan yg dok melawan , melawan sbb menegakkan ego , ;phew;

~Budak Merah~ said...

walaupon berdiam diri tue kadang2 menyakitkan ati kita sendiri, tp lebih baik daripada buat kita bermasam muka atau bergaduh dgn org lain kan?

MzOneD said...

kan....btul tu..tp kalau mana yg patut bsuara..kita suarakan ja.. :p