anda hebat!!

Friday, 30 September 2011

marah tu normal, tapi jadi tak normal bila setiap saat nak marah.. :D

Assalamualaikum. hei..Salam jumaat semua~! Syawal dah habis kan. Alhamdulillah, tahun ni pun dapat jugak puasa 6. harap2 dapat jugak puasa 6 untuk tahun berikutnya. InsyaAllah :) . Even syawal dah habis, jamuan raya tak habis2 pun lagi. Semalam pergi jamuan raya bersama PM kat MARDI dekat UPM ni. korang nak tahu tak macam mana situasi dia.? GILA~! sepatah ayat yang boleh merungkai semua~! *err buat karangan dapat A++++ ni* haha. serius weh, sangat gila sebab sangat ramai. bas dari U lain, rombongan saja dah dekat 20+. cuba bayangkan kalau setiap bas tu FULL. tak ke gila.? fuhh~ bukan tu ja, orang kampung diba pun pergi jugak. jauh2 dari taiping datang sini. rajin betul. *malu i tau bila orang kampung kenal* kui3. Nak tak nak, kena la juga salam makcik2 kawan ibu abah kan. nanti dicakap sombong pula. nama parents jugak yang naik. ye dak.? haha. panjang mengomel =="

ok2. back to topic yer. jom, kita baca sikit tentang marah ni. :)







Diriwayat daripada Abu Hurairah r.a. bahawa seorang lelaki meminta nasihat daripada Nabi s.a.w. katanya, "Berilah wasiat kepadaku." Sabda s.a.w ,'“Janganlah engkau marah.” Lelaki itu mengulangi (permintaannya) beberapa kali. Rasulullah s.a.w. tetap bersabda, "Janganlah engkau marah." (Hadis Riwayat al-Bukhari)


Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah dan ada yang lemah lembut. Marah bukanlah suatu sifat yang boleh dibuat serta merta, malah ia biasanya didahului sesuatu yang boleh menyebabkan seseorang itu marah, perasaannya memberontak dan akan bertindak kasar. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Pertimbangannya sudah hilang, lidahnya asyik memaki hamun dan mengejek-ejek. Kadang-kadang perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan antara keluarga dan sahabat handai, dan lebih aneh lagi ada orang boleh berkelahi dengan benda-benda yang tidak berakal.


Perasaan marah dapat diatasi dengan mengikuti beberapa panduan yang ditunjukkan oleh Islam, iaitu:

1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. Sifat ini hendaklah berpandu kepada contoh yang paling baik iaitu contoh yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w terutamanya contoh yang terdapat dalam Sunnahnya yang bersifat amali. Hendaklah mengawal dan menguasai diri ketika didatangi perasaan marah, iaitu dengan mengingati akibat buruk yang akan menimpa dan kelebihan pahala orang yang menahan marah serta memaafkan sahaja seseorang melakukan kesalahan yang menyebabkan dia marah, firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)


2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat. Panduan ini dinyatakan didalam Al-Quran melalui firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)


3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)


4. Mengambil wuduk, sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)


Oleh kerana besarnya bahaya marah, Nabi s.a.w. melarang keras seseorang daripada marah, dengan menyifatkan orang yang berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan yang berani. "Bukannya kuat (kerana dapat mengalahkan orang) dengan bergusti, tetapi kekuatan sebenarnya ialah orang yang dapat mengawal dirinya ketika marah." (Al-Tirmizi)

*WHAT??!!*


sesuatu masalah tu tak kan selesai pun kalau kita marah2. lagi bertambah stress adalah, kan.? tapi, bila kita cuba bertenang, fikir dengan baik + matang, share probs with someone u comfort with, InsyaAllah beban yang kita tanggung rasa ringan. walaupun kadang2 orang yang kita share tu tak boleh nak tolong selesaikan pun masalah tu, tapi at least dia mesti akan bagi kata2 semangat, dorongan, tak pun bagi andangan untuk kita. yang baik jadikan teladan, yang buruk simpan buat pekasam. *eh.?!@#* haha.

ni jugak buat peringatan diri sendiri. kadang2 tension gila bila datang masalah matematik tu sampai nak marah orang2 yang jumpa pelbagai rumus yang pening tu. *sabar jelah* TT . penyelesaian bila kepala da pusing bagai, dba akan telefon semua family dba + si dia. SEMUA ok. haha. kadang2 buat miscall ja, faham2 la family dba tu yang dba suh tipon balik. :p lepas tu, lega gila rasa + semangat pun datang tau~!
ok lah. nak tiduuuurrrrrrrrr. hari jumaat satu kelas ja, sampai kul 10 pagi ja. ngeeee~

Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan... telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

5 comments:

Cipa said...

nk marah hg buleh dak? ;p

Fabulous Me said...

Thx for sharing. Great info

Elie Lily said...

ini bagus! credit! :)

aNak ChE mE said...

klu yang tak reti marah pulak camne??? heeeeeeeeee~

MzOneD said...

cipa>>jgn dok buat ctu la..huhuhu

FM>>ur welcome~ :)

elie>>thanx dear :D

ACM>>ha,,bgusla tu..haha..blh buli :p