anda hebat!!

Friday, 14 October 2011

hargai sebelum terlambat

Assalamualaikum wbt :)

hai readers! hai nurul, hai iman, hai fatin, hai hai dan hai lagi. kalau boleh nak taip semua nama yang ada kat atas muka bumi ni, tapi tak pelah kan. *bajet!*

*saya tak guna nikon @ canon*

korang tahu tak. dengan melihat wajah kecil tu akan buat korang rasa sangat tenang. kalau korang tengah marah, ternampak ja wajah si comel yang riang tak da masalah tu, sekelip mata ja marah korang akan hilang. hebat kan si tubuh kecil itu.? lagi pun, sampai ke hati korang nak marah bayi tu.? yang tak tahu apa-apa tentang marah. yang belum kenal erti dunia sebenar.
*bahagianya mereka!*

pelik rasa bila ada manusia yang sanggup dera anak sendiri, yang sanggup melempiaskan amarah pada anak sendiri. sudahnya, menyesal bila tubuh kecil itu sudah tidak bernyawa. dah tak ada makna apa-apa masa tu. bukankah anak itu amanah Allah.? benda yang paling berharga dalam hidup kita. yang mungkin akan jaga kita, yang kan tolong imamkan jenazah kita, yang akan hadiahkan Yasiin buat kita.

apa plak jadi bila anak-anak yang abaikan mak ayah dia.?

ini satu lagi kes pulak. teganya hati seorang anak hantar mak ayah ke rumah orang tua. ada yang tinggal mak ayah di tepi jalan atau sebagainya. TT masa pergi ikut akak lawat rumah orang-orang tua hari tu, sangatla tersentuh hati. ada yang cerita kat kami, setiap hari dia tunggu anak dia datang ambil. dia nak balik rumah, nak makan dengan anak-anak, nak main dengan cucu. ada jugak yang sampai tak nak makan sebab nak balik rumah anak. tubuh lemah itu menunggu penuh harapan agar si anak muncul di depan mata. menangis dan sedih bila dengar luahan hati mereka. TT

wahai si anak. lupakah kamu jasa kedua ibu bapamu.? yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk memenuhi setiap kehendakmu ketika kecilmu.? yang menyuap kamu makan. yang menyisir rambut. yang menyediakan pakaian mu. yang mengucup lembut dahi mu dengan penuh kasih sayang. lupakah kamu.? mereka juga yang sentiasa hadir saat kamu memerlukan. lupakah kamu.? lupakah kamu saat kamu merajuk. si ibu dengan penuh lembut memujukmu. lupakah.kamu tatkala kamu memerlukan wang, ayah menghulur tanpa bersoal. lupakah wahai kamu.? lupakah kamu siapa yang bersusah payah membawa kamu selama 9bulan kamu di alam rahim.? yang juga bersusah payah menanggung allergic orang hamil.
*credit : google*

berjaya macam mana pun kamu, hidup kamu tidak lengkap tanpa ibu dan bapamu. berjaya macam mana pun kamu, mereka menjadi permulaan bagi segalanya. hargailah mereka. sesungguh nya mereka tidak mengharapkan pemberian berbentuk wang dari kamu. cuma mereka mahu sentiasa bersama anak-anak bagi menghabiskan sisa-sisa hidup. kia mungkin tidak dapat membalas semua jasa mereka, tapi cukuplah sekadar membahagiakan, menggembirakan, dan mengingati setiap jasa mereka. berterima kasihlah dan bersyukurlah kerana mereka sanggup menjaga kita walau segoyah manapun ekonomi mereka. abah..i love you so much. buat arwah mak tercinta, semoga tenang di sana. Al- Fatihah.~

2 comments:

Acik said...

jadilah anak mithali! :)
kakak mithali ...
adik mithali ...
mak mithali ...
bapak mithali ...
kawn mithali ...
mithali mithali!

MzOneD said...

yer acik..insyaAllah kan :)