anda hebat!!

Sunday, 4 December 2011

jom puasa Asyura :)

Assalamualaikum wbt.

kawan-kawan, teman-teman, sahabat handai. jom kita puasa esok dan lusa.
kenapa nak puasa.? apa manfaat nya.? apa faedahnya.? Jom baca ni :)

Hari Asyura ialah hari ke-10 dalam bulan Muharram. Islam menggalakkan
umatnya mengerjakan puasa sunat pada hari tersebut berdasarkan hadith
Baginda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Daripada Ibnu Abbas r.a bahawa Baginda Rasulullah s.a.w berpuasa pada hari
Asyura dan menyuruh para sahabatnya supaya turut berpuasa. (Hadith
Muttafaqun Alaihi).

Kelebihan puasa sunat Asyura ialah Allah menghapuskan dosa orang yang
berpuasa itu setahun yang lalu berdasarkan hadith daripada Abu Qatadah r.a
bahawa Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Puasa pada Hari Arafah (9 Zulhijjah) dapat menghapuskan dosa dua tahun
iaitu setahun yang lalu dan setahun yang akan datang. Dan puasa pada hari
Asyura (10 Muharram) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu. (Hadith
Riwayat Jama'ah kecuali Bukhari dan Tarmizi).

Imam Abu Laith As-Samarqandi menyebut bahawa antara peristiwa yang berlaku
pada hari Asyura ialah:
1. Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat atas Bukit Judi setelah
berlakunya banjir besar.
2. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari menjadi korban api Raja Namrud.
3. Nabi Isa diangkat kelangit.
4. Nabi Musa diselamatkan Allah dari serangan Firaun.
5. Ditenggelamkan Firaun dalam Laut Merah.
6. Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan Nun.

Puasa pada hari 9 atau 11 Muharram:

Oleh kerana orang Yahudi turut berpuasa pada hari Asyura kerana bersyukur
selamatnya Nabi Musa dari serangan Firaun maka sahabat bertanya kepada
Baginda Rasulullah bahawa hari Asyura ialah hari yang agung bagi orang
Yahudi. Maka Baginda Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Puasalah pada hari Asyura (10 Muharram) dan bezakanlah dengan puasa orang
yahudi iaitu dengan cara kamu berpuasa sehari sebelumnya (9 Muharram) dan
sehari selepasnya (11 Muharram). Hadith Riwayat Imam Ahmad dan al-Baihaqi.

Berdasarkan hadith di atas sudah memadai perbezaan dengan puasa orang
yahudi apabila umat Islam berpuasa sehari sebelum 10 Muharram atau sehari
selepas 10 Muharram.

Niat Puasa Sunat 10 Muharram:

Sahaja aku berpuasa esok hari pada hari ke-10 bulan Muharram sunat kerana
Allah Taala.

Niat Puasa Sunat 9 Muharram:

Sahaja aku berpuasa esok hari pada hari ke-9 bulan Muharram sunat kerana
Allah Taala.



SELAMAT BERPUASA SUNAT 9 & 10 MUHARRAM  :)

2 comments:

aiENn cHAm said...

terima kasih ats ingtan ini,semoge awk dpt ganjaran dariNYA

MzOneD said...

insyaAllah :)