anda hebat!!

Sunday, 18 March 2012

spm 2011..bersediakah anda..??

Assalamualaikum wbt :)

entri ni khas buat adik2 yang bakal ambik result SPM rabu ni. eh rabu ni kan..? yg pasti 21hb mac 2012..ehehehe...semoga berjaya eh semua..akak doakan kalian semua dapat keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha keras semua :) ..*akak kewww..??* hewhew :p ~~


takut?? nervous?? cuak??

*credit : google*
sudah pasti semua perasaan tu ada dalam diri kalian saat ini. paling debar pagi hari keputusan akan diumumkan..believe me..saya dah lalui tu semua. kihkihkih..

risau sebab rasa tak dapat jawab dengan baik? bimbang sebab tersalah guna formula masa jawab add math??
jangan risau adik2ku..bukankah Allah bersama kita? kun fayakun. apa yang dikehendakiNya akan terjadi :) .
sebagus mana pun keputusan adik2 nanti, atau berapa saja jumlah A yang adik2 dapat nanti. yakinlah, itu rezeki dari Allah. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. jangan bersedih atas keputusan yang dirasakan teruk, padahal ia sebenarnya bagus dan ada rahsia yang tidak kita ketahui. dan ingat, segigih mana pun usaha kita, kalau Allah dah tetapkan banyak tu rezeki kita, itulah. Bersyukur jangan lupa :) .

Slip keputusan SPM
*tak nampak kan?*
bagi adik2 yang nanti keputusanNya cemerlang dan membanggakan, jangan lupa ucapkan syukur pada Allah. ucapkan juga terima kasih buat ibu ayah yang banyak habiskan wang ringgit untuk membayar yuran, membeli buku dan sebagainya. tak lupa juga buat guru2 yang banyak mencurahkan ilmu serta tanpa jemu memberi penerangan sehingga anak2 didiknya faham sesuatu topik tersebut.

eh, tak sedar panjang plak entri ni..muahaha~

semoga berjaya menjejakkan kaki alam universiti. letakkan sepenuh harapan dan kepercayaan kepada Allah.

Nota : entri ni ditaip penuh bersemangat tatkala penulis bosan study programming in math..wakaka :D




No comments: