anda hebat!!

Thursday, 18 August 2011

apam polkadot


rasanya semua orang suka benda yang comel..kan? termasuk lah dba..ok back to topic.
sebelum ni selalu tengok apam polkadot kat gambar facbook si peniaganya..yang mengambil order untuk dijadikan hantaran, hadiah or etc..si kecil comel apam ini telah pun menarik perhatian seluruh jiwa raga ni untuk mencari sekaligus dengan sopannya menelan hingga kenyang..haha~
cari punya cari, akhirnya dengan tekad yang jitu..dba pun cuba buat sendiri..tak keseorangan bila si adik turut mahu membantu kakaknya..owh yeahhhhhhhhh~! ha,ini lah hasilnya...kali pertama cuba..warna pun mungkin tak menarik kot..kan..? tp rasa dia nice taw..ditambah dengan inti jem blueberry dan strawberry kat dalam..*yummy*
nak cuba..?ni resepi nya..rugi tau tak cuba benda simple ni :)


resepi apam polkadot
  • 3 biji telur-dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus
  • 150 ml susu segar@susu cair
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovalette
  • filling-blueberry/strawberry/apa-apa ikut citarasa
  • pewarna (ikut kegemaran)

  1. masukkan semua bahan apam kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang
  2. bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
  3. masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag (kalau tak da,boleh ja gunakan plastik jernih tu)
  4. picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
  5. letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
  6. picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
  7. last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak. guna api sederhana tau.

senang kan.? bahan-bahan pun simple ja. selamat mencuba! :)

2 comments:

miera-in said...

wah..best ni..ltk g byk resepi yg best n sdap..hihi
btw jgn lpe follow bblog kite gk..:D
http://chocopurllike.blogspot.com/

MzOneD said...

insyaAllah..miera try la..best n sedap taw..done..kite da follow kamu.. :)