anda hebat!!

Friday, 19 August 2011

malam Lailatulqadar


Alhamdulillah, hari ni dah pun 19 Ramadhan. sekejap tak sekejapnya dah 19 hari kita berpuasa. macam tak terasa kan.? bagi dba la, bagi orang lain tak pasti la macam mana kan.. :) Entri ini ditaip untuk peringatan buat penulis dan juga sebagai perkongsian buat semua. =)
dalam kesibukan kita membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri, jang dilupa pada 10 malam terakhir yang pastinya membawa seribu keberkatan kepada kita. malam Lailatulqadar. 


10 akhir Ramadhan merupakan di antara malam-malam yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang tertentu. Malam-malam ini adalah merupakan malam yang ditunggu-tunggu oleh seluruh orang mukmin. Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w.. Antara firman Allah mengenai malam ini adalah :

Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar"

tetapi, bilakah malam Lailatul Qadar? pasti kita sendiri pun tertanya-tanya kan.? mengikut apa yang dba baca, malam Lailatul Qadar berlaku pada salah satu malam daripada 10 malam terakhir (hari ganjil) bulan Ramadan.  maknanya kat sini, boleh terjadi pada 21/23/25/27/29 Ramadhan. Tanda-tanda malam Lailatul Qadar pula ialah :
  • Malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas.
  • Siangnya cahaya matahari warnanya pucat.
  • Pada malam itu malaikat jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.
Sama-samalah kita memeriahkan suasana 10 malam terakhir Ramadan. Mudah-mudahan kita dapat mengecapi kurniaan Allah yang kelebihan pahalanya melebihi 1000 bulan atau sama dengan 83 tahun kita beramal. Apa pun, yang penting adalah keikhlasan kita beribadat hanya kerana Allah.

7 comments:

Firdaus said...

marah kita sama2 bdoa agar bertemu dgn malam tersebut.. :)

MzOneD said...

kenapa nak marah..? :p

Firdaus said...

marilah* :P

SimplySeoul said...

mudah2an dapat keberkatan malam lailatul qadar tahun ni. Amin.

MzOneD said...

amin...insyaAllah ye simply :)

Taufiq Tiramisu said...

Harap harap dapat la bertemu dengan malam lailatul qadar. huhu. dah banyak sangat dosa ni..

New Entry : Manusia-Manusia Yang Patut Kena Tikam Sampai Mati [Part 2]

MzOneD said...

2la..xterhitung dosa rsanya..ngee~insyaAllah..sama2la kita yer.. :)